SANTUNI YANG TERSAYANG
Tadi pi makan roti canai di Wira Sejati, Seksyen 24, Shah Alam. Serius sedap baq hang. Mabeless Mabeless (ikut gaya Jarjit
dalam Upin Ipin tu). Penebar roti canai orang Kedah. Walaupun Kedah tak berjaya
dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia semalam, orangnya tetap menebar roti
canai dengan hebatnya :-D Sesapa mai Shah Alam, kena pi try roti canai kat situ. Terbaik. (Mai pagi je tau). Waktu lain ada nasi campur dan makanan goreng.
![]() |
| Facebook Restoran Wira Sejati 24 |
Sepanjang setengah jam dok kat
kedai makan tu (lama sebab dok suap anak dara makan roti telur), saya lihat
keadaan keliling. Banyak perkara menarik perhatian saya. Saya terpandang
seorang anak muda yang memimpin ayahnya keluar daripada kedai makan, selepas
bersarapan bersama-sama. Ayah yang agak berusia, saya agak dalam 60an – 70an
camtu la. Si anak memimpin ke kereta dan membuka pintu sehingga ayahnya duduk
di dalam kereta. Kemudian dia kembali ke bahagian pemandu, dan memandu keluar
daripada tempat parking.
![]() |
| Photo by HMZ2657 |
Tapi Allah lebih sayangkan ayah. Semoga ayah tenang disana
dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Insyaallah. Buat mereka yang
masih ada ayah, lakukan yang terbaik. Penuhi hasrat mereka dan layanlah mereka
seperti mana mereka melayan karenah kita dulu tanpa jemu dan rasa penat.
Terpandang pula seorang lagi anak
muda yang bersarapan bersama ibunya. Seronok tengok mereka makan sambil
borak-borak. Bertuahnya si anak dapat menjaga dan melayani ibunya dengan baik.
Muka si ibu pun nampak ceria je. Mesti hati si ibu happy bila anak melayannya. Tiada apa yang diharapkan si ibu selain
mengharapkan anak meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hati si ibu.
Mungkin ada cerita yang ingin disampaikan.
Saya pun berharap saya dapat lakukan
yang terbaik buat emak saya. Emak satu-satunya ibu yang saya ada. Walaupun
kadang-kadang layanan tak seberapa, saya harap emak faham yang saya sentiasa
sayangkan emak. Semoga Allah rahmati hidup emak dan dipanjangkan umur. Love you
mak!
![]() |
| Photo by Kompasiana.com |
Terpandang pula ibu bapa yang
bawa anak-anak makan bersama di hari minggu. Seronoknya! Masa sebegini amatlah
berharga. Masa bersama keluarga adalah impian semua orang. Jangan ketepikan
perasaan anak-anak kita bila bersama. Layan mereka sebaik mungkin. Hari bekerja
mungkin kita tak sempat nak layan karenah mereka. So, hari cuti je la kita dapat nak luangkan masa bersama. Tahniah
ibu bapa yang hebat!
Buat semua orang yang masih
berkesempatan melayani ibubapa, pasangan, anak-anak, adik beradik, saudara-mara
dan sahabat handai, layani dan santuni mereka dengan baik. Ambil peluang yang
masih ada untuk bersama mereka. Tak kira jauh ataupun dekat, banyak medium yang
boleh kita guna. Tak boleh berjumpa, kita boleh bertanya khabar melalui
panggilan telefon, Whatsapp, Facebook, Telegram dan lain-lain lagi la.
Jangan
ada alasan. Kita bukan hidup di zaman batu lagi, sekarang dah maju tau. Tak lama
dah nak masuk tahun 2020. (Pesanan untuk diri sendiri juga ni)
Terima kasih sudi baca coretan
saya. Semoga ada perkongsian lain yang dapat saya coretkan disini.
"Jadi Baik, Baiki yang Belum Baik, Insyaallah Terbaik"



Comments
Post a Comment