Kenapa memilih nama blog Menaip Sesaje?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, dapat juga buat satu blog baru setelah blog lama dah kena remove. Memang sedih bila blog yang ada macam-macam cerita tu dah tiada lagi. Tapi apakan daya, dah dibiarkan bersarang labah-labah,memanglah kena hapuskan. Tapi tak apalah, kita biarkan yang lepas berlalu.
Pertama sekali saya nak perkenalkan diri terlebih dahulu. Nama penuh Noor Hazami tapi ambil bunyi singkatan dihujung nama maka jadilah Amy. Kalau ikut ejaan memang lain hujungnya tapi kalau bunyinya begini Amy = Emi. Bahagian Mi tu tetap sama kan?
Nak cerita sikitlah pasal apa saya pilih nama blog Menaip Sesaje. Ada dua maksud tau. Maksud yang pertama adalah menaip saja-saja. Bunyi macam main-main je kan. Maksud yang kedua adalah menaip tak berhenti-henti, ada je bahan nak ditaip. Contoh lain, makan sesaje. Maksudnya asyik makan tak berhenti-henti.
Jadi saya pilih untuk menjadikan nama blog Menaip Sesaje ni sebagai satu usaha untuk saya menulis tak berhenti-henti bukan saja-saja. Insyaallah saya masih lagi amatur. Bukan seorang profesional dalam penulisan blog. Saya mohon tunjuk ajar andai ada kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar. Saya dengan rasa rendah hati dan bersikap terbuka amatlah mengalu-alukan teguran dan nasihat daripada semua.
Alhamdulillah setakat ini dulu dapat saya berkongsi cerita. Semoga Allah rahmati kita semua. Insyaallah.
"Jadi Baik, Baiki yang Belum Baik, Insyaallah Terbaik"

Comments
Post a Comment