SANTUNI YANG TERSAYANG
Tadi pi makan roti canai di Wira Sejati, Seksyen 24, Shah Alam. Serius sedap baq hang. Mabeless Mabeless (ikut gaya Jarjit dalam Upin Ipin tu). Penebar roti canai orang Kedah. Walaupun Kedah tak berjaya dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia semalam, orangnya tetap menebar roti canai dengan hebatnya :-D Sesapa mai Shah Alam, kena pi try roti canai kat situ. Terbaik. (Mai pagi je tau). Waktu lain ada nasi campur dan makanan goreng. Facebook Restoran Wira Sejati 24 Ok, cukup-cukup cerita pasal roti canai. Saya just nak kongsi apa yang saya nampak. Serius terkesan sampai dok mengalir ayaq mata ni. Ni dok taip ni bergenang ayaq mata ni. Adusss sapa pi potong bawang plak ni. Sepanjang setengah jam dok kat kedai makan tu (lama sebab dok suap anak dara makan roti telur), saya lihat keadaan keliling. Banyak perkara menarik perhatian saya. Saya terpandang seorang anak muda yang memimpin ayahnya keluar daripada kedai makan, selepas bersarapan bersama-sama. Ayah yang agak...