Posts

Showing posts from September, 2019

Rezeki Menang Pencil Case Comel.

Image
Siang tadi, sempat bersarapan bersama kawan-kawan di Restoran Wira Sejati Seksyen 24 Shah Alam. Semestinya makan roti canai yang sedap. Tukang tebar terbaik, asal Kedah. Hebat dia, beratus-ratus biji roti canai ditebarnya. Tapi muka tetap tersenyum. Tak sempat pula nak siap gambarnya. 😁 Oh ye, saya nak cerita pasal menang contest yang rakan Facebook saya buat minggu lepas. Tak sangka pula saya salah seorang pemenang yang dipilih olehnya.  Alhamdulillah syukur, rezeki hadiah ni dapat la bagi kepada anak. Comel sangat hadiahnya iaitu Pencil Case yang siap dengan nama. Seronok anak saya dapat hadiah tu.  Terima kasih Hayati Rohim. So, lepas ni kalau ada sesiapa yang ternampak rakan-rakan di Facebook buat contest. Korang jangan segan silu, join je. Dengan cara tu la korang boleh support rakan-rakan. Insyaallah ada rezeki, boleh dapat hadiah. Sapa yang tahu kan? Ok, sesiapa yang berminat nak beli Pencil Case untuk diri sendiri atau nak jadikan hadiah,...

Kenapa memilih nama blog Menaip Sesaje?

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, dapat juga buat satu blog baru setelah blog lama dah kena remove. Memang sedih bila blog yang ada macam-macam cerita tu dah tiada lagi. Tapi apakan daya, dah dibiarkan bersarang labah-labah,memanglah kena hapuskan. Tapi tak apalah, kita biarkan yang lepas berlalu. Pertama sekali saya nak perkenalkan diri terlebih dahulu. Nama penuh Noor Hazami  tapi ambil bunyi singkatan dihujung nama maka jadilah Amy. Kalau ikut ejaan memang lain hujungnya tapi kalau bunyinya begini Amy = Emi. Bahagian Mi tu tetap sama kan? Nak cerita sikitlah pasal apa saya pilih nama blog Menaip Sesaje. Ada dua maksud tau. Maksud yang pertama adalah menaip saja-saja. Bunyi macam main-main je kan. Maksud yang kedua adalah menaip tak berhenti-henti, ada je bahan nak ditaip. Contoh lain, makan sesaje. Maksudnya asyik makan tak berhenti-henti. Jadi saya pilih untuk menjadikan nama blog Menaip Sesaje ni sebagai satu usaha untuk saya menulis tak berhe...